assalamualaikum..salam sejahtera...

WELCOME TO CHEQLEP life...

kebanyakkan manusia.. mula untuk mengatasi krisis hidup ketika mula mengenali apa itu dunia... dari krisis hidup itu..wujudnya satu perasaan untuk senantiasa meneroka setiap keadaan dan kewujudan sesuatu... dari situlah lahirnya rasa cinta.. hairan..ingin tahu..bimbang...bangga..riak dan akhirnya...hingga ke satu ketika... manusia itu ..yakni kita..boleh terpesong dan mudah untuk melupakan kepadaNYA... JIKA dilihat dari sudut kematangan seseorang manusia itu..kita tidak boleh hidup tanpa bergantung antara satu sama lain...tidak kiralah.. manusia,haiwan,tumbuh-tumbuhan mahupun sesuatu yang sekecil zarah... JELAS disini.. sesuatu yang hidup..memerlukan sesuatu yang lain untuk terus hidup .. SAMA seperti cheq.. yang memerlukan anda untuk cheq terus hidup... dan hidupp,,,dan hidup,...seperti ANDA...!!!!!!!!!!

Wednesday, January 26, 2011

bila nyawa di hujung nafas

assalamualaikum...




nafas pertama anak ADAM itu bermula tatkala menangis bayi itu di saat lahirnya ke DUNIA.
tangisan PERTAMA itu menjadi sebuah tanda kehidupan yang telah dijanjikan oleh ALLAH kepadanya, dari detik tangisan , bermulalah sebuah perjalanan titian hidup yang harus ditempuhi mengikut ketetapan yang telah dijanjikanNYA. 


lupakah KITA?! 
- dunia hanya sementara .. bermula dengan tapak yang pertama .. kita mula menyusun langkah mula mengenal dunia dengan sepasang tangan dan sepasang kaki . Kita mula meneroka dunia yang telah TUHAN ciptakan yang begitu indah dengan diselebungi kasih dan sayang ayah dan ibu .
-TANGISAN demi TANGISAN kita lontarkan , membuat kedua orang tua gundah ,pilu dan cemas . NAMUN ,tidak pernah sekelumit kekecewaan dilemparkan untuk anaknya yang tersayang sebagai BUKTI cinta AYAH DAN IBU .


MULA BERUBAH ?!
-tatkala fizikal dan mental mula berubah , tatkala anak ADAM itu mula memahami dan mula mengusai DUNIA , mengapa AYAH dan IBU ? AGAMA ?! dan kasih sayang hormat menghormati antara makhluk perlu dilupakan ? perlu dihapuskan ?! TIDAKKAH wujudnya perasaan kasihan ? MALU?! SEGAN ?!! 


KASIH SAYANG ?!
- apabila seorang anak ADAM itu mula mengenal erti "CINTA" , "CINTA DUNIA RUMI DAN JULI" , kasih dan sayang hanya diperuntukkan jiwa dan raga antara dua jiwa yang memberontak yang membara DENDAM dan NAFSU . CINTA?! sucikah cinta itu sehingga MARUAH digadaikan?! HEBATKAH cinta itu apabila lahirnya sebuah NYAWA kecil tanpa ikatan yang "SAH/HALAL" ?! AGUNGkah cinta itu bila NYAWA anak kecil yang dikatakan bukti "CINTA SEJATI" ayah dan ibu dihapuskan?! DIBUNUH?! DIBUANG?! 


PENYESALAN ?!
-kontrastnya , sekejam-kejam "ANAK ADAM" itu akan wujudnya setitik rasa KASIHAN/PENYESALAN .rasa SESAL/INSAF terlalu suci dengan diiringi rasa TAUBAT dan rasa HINA kepada-NYA. manusia dilahirkan dan dianugerahkan dengan suatu kelebihan iaitu "AKAL" yang ALLAH kurniakan hanya kepada "MANUSIA" . agungnya makhluk yang dinamakan "MANUSIA " itu , bermula dengan ALLAH menjadikan "MANUSIA" dari "TANAH" dan bukannya "API" ataupun "CAHAYA" .
sehingga berkata "IBLIS : akan ku sesatkan manusia hingga ke hari khiamat".


NAFAS TERAKHIR?!
-setiap yang hidup akan MATI . itu adalah JANJI KERAMAT yang ALLAH telah tetapkan .


Ini dinyatakan oleh Rasullullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud, “Apabila matinya anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.” (Riwayat Muslim)




sebelum terputusnya "switch-off " nyawa kita , masih terbuka lagi pintu "TAUBAT" kepada-NYA , dan masih terbuka pintu keampunan kepada sesama "MANUSIA - AYAH , IBU , SAHABAT DAN RAKAN-RAKAN "
ternyata kita sebagai "ANAK ADAM" tidak mungkin pernah lari dari dilingkari "RANTAI KESALAHAN" ,  


subhaNALLAH...  berubahlah...!!! insyaALLAH .. masih ada tempat disisi-NYA..!


P/S : cheqlep.





2 comments: